Aku tiada asas pertukangan kayu. Pegang tukulpun macam orang buta pegang tongkat. Suatu hari aku dan bini aku berbincang nak buat porch. Jadi akupun ajak la kawan aku yang pandai bab-bab pertukangan. Setelah setuju dengan semua perbincangan, kami pun memulakan proses membina porch.
Aku tak tahu apa-apa tentang kayu.Apatah lagui kerja pertukangan.Jadi kawan aku ni la yang uruskan semua. Aku cuma hulur duit je. Tugas aku semasa proses pembinaan tu hanya tukang hulur dan tukang pegang je.
Akhirnya setelah sebulan siaplah porch aku.
Putih berseri. bini aku yang minat putih ni. English style katanya. aku ikut je lah.