Isnin, 28 Mac 2011

Repair kerusi lama

Aku memang tak reti duk diam dari kecil lg...bila dah takde apa nak buat...datang pula idea nak repair kerusi makan yang dah rosak tempat duduknya...jadi, aku pun beli barang- barang keperluan untuk projek aku ni. bahan utamanya, plywood, cat, berus, kertas pasir.
projek ni mengambil masa 3 hari untuk disiapkan...
tinggal satu ni je kerusi yang masih elok


potong plywood ikut bentuk asal kerusi...guna jigsaw je...

gosok plywood sampai licin


lepas sapu undercoat..baru boleh sapu cat..
aku cat tiga lapis sebab nak bagi nampak cantik.
setiap lapisan digosok dengan kertas pasir ..

setelah cat kering, tampal stiker 

pasang semula tempat duduk pada kerusi

lama dan baru...

set meja makan yang baru....

selamat mencuba.....







membuat partition.

Oleh kerana ruang tamu rumah aku panjang macam kereta api, jadi aku buat la pembahagi. sebahagian aku jadikan ruang menonton, sbahagian lagi ruang untuk para tetamu..Macam biasa...aku buat sendiri menggunakan lebiahan kayu masa buat porch dulu....
setelah bertungkus lumus selama 2 hari je....maka siaplah partition rumah aku...
ruang lepak bersama keluarga

walaupun tidak secantik yang ditempah, tapi ramai tetamu yang suka dengan partition ni..