Isnin, 5 Disember 2011

YEG EOCM @ Desaru Damai Beach Resort

aku menyertai perhimpunan akhir tahun kelab exora di desaru pada 3 dan 4 disember 2011...Sambil bercuti bersama keluarga, dapatlah juga berjumpa dengan rakan-rakan eocm yang selama ini hanya bersua di alam maya...walaupun letih tetapi amat menyeronokkan.

Gambar-gambar yang sempat aku ambil...

geng vip dan nilai berkumpul di Shell Nilai 1 


bergabung dgn ahli EOCM yang lain di R&R Seremban


di R&R Machap


R&R Layang

Abe Myteam

Tol terahir sebelum ke Desaru

beratur panjang untuk bayar tol

kolam mandi

renang berirama



di Johor Premium Outlet

Sabtu, 26 November 2011

Kabinet Atas pulok.....

aku nak cerita pasal sambungan projek kabinet dapur aku. Kali ni kabinet atas pula.
Sebelum tu, sekali lagi aku nak maklumkan, blog ni aku buat sebab nak berkongsi pengalaman dan projek-projek yang telah aku buat. Aku bukannya berniaga. Tapi kalau ada yang suruh buat dan kena dengan masa, boleh dirunding. Blog aku ni lebih kepada projek-projek DIY dengan menggunakan peralatan yang terhad. Jadi tak sama la  dengan tukang profesional

Berbalik kepada cerita kabinet atas tadi. aku mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkan kabinet ini. Maklumlah buat seorang diri. Bahan-bahan yang aku gunakan ialah plywood, kayu larik untuk dibuat border, cat, kertas pasir dan macam lagi yang aku tak ingat. Mari kita layan gambar yang sempat aku ambil.


ini percubaan aku yang pertama...buat kotak dulu dan gantung

dah siap....





apabila percubaan aku tu dah berjaya, barulah aku berani buat yang lain-lain..
aku pun buat kotak dan pasang di atas hood terlebih dahulu...

menguji ketahanan...hehheehh

 setelah lulus ujian ketahanan, barulah buat pintu dan tambah lagi kotak sebelah

 dan tambah lagi sebelah

 terus tambah lagi di bahagian sudut...ini kerja yang sukar sedikit...

 pasang pintu..nampak bertambah cantik...makin yakin aku nak buat...
  tanbah kotak lagi...

dan lagi....
 akhirnya siap semua pintu
beginilah rupa kabinet dapur aku yang dah siap
atas dan bawah...



Lagi sekali bini aku tersenyum puas...dapat kabinet yang cantik dan jimat banyak wang....
kalau nak bertanya apa-apa, jangan segan. tanya je...kalau aku boleh jawab, aku jawab. kalau aku tak tahu, aku jawab tak tahu...ngeeeeeee...
tunggu projek seterusnya....





Ahad, 20 November 2011

kotak tisu

cuti sekolah telah bermula...setakat ni belum ada apa-apa projek.
projek kecil-kecilan buat pintu kabinet ada la...
namun syukur alhamdulillah...ada juga kerja nak dibuat musim cuti ni...

Tapi projek tu belum bermula..
aku nak tunjukkan sambungan projek lebihan plywood...



kotak tisu....

maaf...gambar proses kerja langsung tak ada...hehehe

Sabtu, 19 November 2011

GURU KERJA 9 JAM?


senyum...
tak perlu kata apa-apa...

dah nasib guru...
sentiasa jadi bahan eksperimen...
jadi mangsa iri hati sektor lain...

cuba selami dulu...
baru berkata-kata...
andai tak tahu
jangan mengata....

yang mereka tahu...
nampak senang...
pergi pagi..
balik tengah hari...

yang mereka tak tahu...
balik rumah sambung kerja lagi...
periksa buku dan kertas ujian...
petang latih murid main...

ibu bapa bersorak sakan...
anak tak payah lagi upah orang..
guru boleh jaga  sebab balik jam 5 petang...


namun aku bersyukur ..
ditakdirkan jadi cikgu....
alhamdulillah...




MENGAPA AKU DIA DAN KAYU????

Mungkin ramai yang tertanya-tanya , mengapa blog ini dinamakan Aku , Dia dan Kayu..

aku terangkanlah lebih kurang maksud di sebalik nama blog ini

AKU
Niat aku pada awalnya nak ceritakan tentang kisah hidup aku...tapi masih belum berkesempatan. Lagipun kisah hidup aku bukannya menarik sangat. Biasa je macam orang. Ada isteri, anak dan kehidupan yang bahagia. 

DIA
Dia membawa maksud cerita tentang orang atau apa sahaja yang berkaitan dengan hidup aku, kerjaya aku atau masa lampau aku......

KAYU
Sudah semestinya cerita tentang kerja-kerja kayu yang aku buat selama ini. Aku suka berkongsi ilmu yang aku ada. Sesiapa yang ingin bertanya jangan segan-segan tulis soalan dalam blog ini. Aku akan cuba menjawab apa yang aku tahu. kalau aku diam , maknanya aku tak tahu la tu....hehehheh

sekian ...aku nak layan bola separuh akhir sukan sea, Malaysia lawan Myanmar pulok....

Khamis, 17 November 2011

PASU BUNGA HIASAN...

sambungan untuk projek lebihan plywood...

macam biasa....proses membuat lupa ambil gambar...ini yang sudah siap dibentuk...

siap cat...jemur tengah panas...

tepek stiker...


siap...gubahan bunga tu main hantam je tu...heheh


sekian dulu ....lepas ni ada sambungan satu lagi projek lebihan plywood...

Rabu, 16 November 2011

bekas bunga hiasan

selepas siap pintu kabinet, banyak pulok plywood yg lebih...
nak buat pintu tak cukup...nak buang ...sayang....

Jadi tergerak hati aku nak buat benda kraftangan daripada plywood...


macam-macam yang aku buat...


1)bekas bunga hiasan








maaf le ...lupa nak ambil gambar masa proses buat...korang imaging la sendiri mcm mana aku buat...hehhe


errrr...cukuplah dulu....
nanti esok aku tunjuk projek lain pulok...

to be continue...





Selasa, 15 November 2011

Kabinet Dapur

Setelah lama tak menulis, entah kenapa tiba-tiba datang rajin nak menulis. kali ni nak cerita tentang kabinet dapur rumah aku. Macam biasa, rumah aku jadi bahan eksperimen.

sejak tinggal di rumah ni lebih kurang 4 tahun, rumah aku masih belum ada kabinet. Nak tunggu ada duit lebih baru nak pasang. Tapi tungu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, duit tetap tak berlebihan.

Dah lama aku nak buat sendiri tapi isteri aku tak yakin dengan kebolehan aku. Akhirnya dia izinkan juga aku buat. dah jemu menunggu kot...

Rumah yang aku beli ini, dapurnya agak sempit. Kalau berselisih pasti berlaga bontot. Nanti bertambah ramai la anak aku. Jadi sebelum pindah masuk, aku upah orang besarkan dapur sekali dengan 'table top'.

Table top dah ada. Tapi pintunya belum ada. Jadi projek aku kali ni membuat pintu 'table top'....

aku hanya menggunakan papan lapis(plywood) sebagai bahan utama.

mula-mula, aku potong plywood ikut ukuran table top

pintu yang dah siap...buat border dgn kayu larik yang dah siap(boleh dibeli dari hardware yang berdekatan).

proses mengecat...tiga lapis cat baru nampak cantik...

pasang pintu pada table top

tampal stiker bunga...english style kata isteri aku...vantage...entah ...aku pun tak faham
tugas aku buat kabinet je...tampal-menampal ni, isteri aku yang buat.

cantik tak?

bersepah....biasala...kerja pemasangan sedang dilakukan...

ini gambar engsel dari dalam

dah siap pasang pintu

bunga pun dah siap tampal

kat atas masih kosong....jadi bahan projek aku lepas ni la tu...

siap akhirnya pintu kabinet bawah....

bila semuanya dah siap...isteri pun tersenyum ....puas hati la tu....
baru kau tahu aku siapa...hahahahahha....
lepas tu dia tanya"bila nak buat kabinet atas pulok?"

aduhhhh....sakit pinggang pun belum hilang....