Sabtu, 19 November 2011

MENGAPA AKU DIA DAN KAYU????

Mungkin ramai yang tertanya-tanya , mengapa blog ini dinamakan Aku , Dia dan Kayu..

aku terangkanlah lebih kurang maksud di sebalik nama blog ini

AKU
Niat aku pada awalnya nak ceritakan tentang kisah hidup aku...tapi masih belum berkesempatan. Lagipun kisah hidup aku bukannya menarik sangat. Biasa je macam orang. Ada isteri, anak dan kehidupan yang bahagia. 

DIA
Dia membawa maksud cerita tentang orang atau apa sahaja yang berkaitan dengan hidup aku, kerjaya aku atau masa lampau aku......

KAYU
Sudah semestinya cerita tentang kerja-kerja kayu yang aku buat selama ini. Aku suka berkongsi ilmu yang aku ada. Sesiapa yang ingin bertanya jangan segan-segan tulis soalan dalam blog ini. Aku akan cuba menjawab apa yang aku tahu. kalau aku diam , maknanya aku tak tahu la tu....hehehheh

sekian ...aku nak layan bola separuh akhir sukan sea, Malaysia lawan Myanmar pulok....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan